Giveaway Cash RM500 APRIL PART #2 by Emas Putih

Giveaway Cash RM500 APRIL PART #2 by Emas Putih

(3)

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

 

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

 

[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 
Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat ‘candat’ boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016


Ok, selamat bergiveaway !

(2)

Bisnes Air Balang Yang Menguntungkan

bisnes air balang, bisnes air

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Sekarang ramai yang sudah pandai untuk membuat side income walaupun sudah ada pekerjaan tetap. Yalahkan mungkin faktor kos sara hidup yang tinggi menyebabkan terpaksa untuk mencari jalan keluar untuk hidup yang lebih selesa. Ramai yang membuat bisnes kecil kecilan tetapi pendapatannya agak boleh tahan atau senang cakap memang menguntungkan. Antaranya adalah berniaga burger secara sambilan. Ini juga menjanjikan pendapatan yang lumayan. Mungkin pendapatan daripada perniagaan burger ini lebih lagi dari pekerjaan tetap.

Selain daripada bisnes burger, kita juga boleh menceburi bidang bisnes secara kecilan ini dengan menjalankan perniagaan bisnes air balang.  Ya , bisnes air balang memang sangat menguntungkan dan juga menjanjikan pendapatan yang amat lumayan dan boleh menjana pendapatan sehingga RM 7 ribu sebulan dengan hanya bisnes air balang secara sambilan sahaja. Lumayan bukan.

Untuk memulakan Bisnes air balang ini, kosnya amatlah rendah dan menjanjikan pulangan sehingga 1000%. Percaya atau tidak kos untuk memulakan bisnes air balang ini hanya kurang dari RM 1000 sahaja. Ini termasuklah kos untuk membeli balang air dan juga kanopi atau payung.

Nampak macam senang ja kan nak mulakan bisnes air balang ni. Yalah kos dah la sikit, untung besar pulak tu. Tetapi kalau tiada pengalaman langsung tentang bisnes air balang ni susah juga untuk nak berjaya walaupun nampak macam senang. Bab kos memang semua orang boleh nak dapat. Tapi bagaimana pula nak tahu resepi atau cara pembuatan air yang sedap supaya dapat menarik minat pelanggan datang ke gerai bisnes air balang kita? Faktor ni pun kita kena ambil kira. Kalau meniaga tapi tak ada yang beli camna nak dapat untungkan?

Sekarang ada panduan lengkap tentang bisnes air balang ni. Jadi jika yang bercadang nak menceburi bisnes air balang ni , ada panduan lengkap bagaimana nak memulakannya. Yang tulis panduan ni pulak memang orang yang mahir tentang bisnes air balang. Memang pengalaman selama 8 tahun dicurahkan dalam panduan ini tanpa rahsia lagi.

Lebih menarik lagi panduan bisnes air balang ni juga disertakan dengan 8 resepi jus air buah yang mana jus air buah memang menjadi kegemaran orang ramai untuk membelinya terutamanya ketika musim bulan ramadhan. Ianya disertakan dengan cara cara membuatnya secara bergambar.

Walaupun bisnes air balang ini menjanjikan pulangan yang lumayan, tetapi harus diingat  jika tiada panduan yang betul maka mungkin kita tidak dapat tahu cara untuk mengurangkan kos atau melipat gandakan kadar keuntungan dengan cara yang betul. Melalui panduan bisnes air balang , insyaallah kita akan mendapat keuntungan yang lebih lumayan walaupun dengan hanya menjual 3 jenis air balang sahaja.

(18)

Apa Nak Tulis Dalam Blog?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ada orang yang bertanya kepada saya tentang blog, jika dia ada blog atau membuat blog , apa yang nak tulis dalam blog tersebut. Sebenarnya banyak perkara yang boleh ditulis dalam blog. Bagi saya blog ini saya gunakan untuk menulis apa yang saya buat pada setiap hari. Ianya umpama diarilah bagi saya. tak semestinya setiap hari perlu untuk kita membuat coretan dalam blog. Tapi lebih kerap kita update blog adalah lebih bagus untuk trafik dalam blog.

Untuk permulaan penulisan dalam blog tentang apa yang nak tulis dalam blog, kita bolehlah menulis berdasarkan apa yang kita minat ataupun tentang kehidupan kita setiap hari. Biarlah kita merasa dulu feel untuk menulis dalam blog , barulah kita fikirkan tentang niche blog atau blog yang mempunyai identiti tersendiri. Sebenarnya sangat sukar untuk permulaan kita menulis dalam blog ni. Untuk permulaan memang sukar untuk bermula tetapi bila dapat dapat rentak dalam penulisan blog, saya percaya setiap hari mesti kita tak nak lepas peluang untuk membuat entri terkini dalam blog.

Tentang apa yang nak tulis dalam blog ni memang menjadi topik utama pada setiap orang  yang baru nak bermula. Belum mula menulis kita dah terfikir ada ke orang nak baca blog jika tulis tentang sesuatu benda contohnya. Jawapannya senang saja. Buat dan tengok hasilnya lepas tu. Kadang kita tak terfikir pun bahawa apa yang kita tulis atau maklumat yang kita tulis memang dicari dalam enjin carian.

Kalau tak tahu juga apa nak tulis dalam blog , kita bolehlah lihat blog blog yang terkenal dan tiru apa yang diorang tulis dalam blog. Ada yang membuat entri blog tentang berita berita terkini yang mana sentiasa mendapat sambutan . Yang penting tulis dulu apa yang kita nak tulis, lama kelamaan feel nak menulis akan datang .

 

(3)

Nasi Lan Peruda

 

IMG_20160124_105751

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kesempatan cuti perayaan Thaipusam kami sekeluarga ambik untuk balik kampung di Alor Setar. Bila balik Alor Setar mulalah nak cari makanan yang best. Dah lama dok makan nasi kandar Penang ni rasa bosan dah .

Bila tengok kat facebook sekarang ramai yang dok update tentang nasi lan peruda. Apalgi terus terjah la. Sebenarnya nasi lan peruda ni memang dah lama dah wujud dan memang saya selalu pergi makan kat situ waktu praktikal berdekatan dengan kompleks peruda. Seingat saya wak tu zaman tahun 1996 lagi.

Nasi lan peruda ni memang sedap . Kalau pergi nak makan memang kena beratur panjanglah. Lupa pulak nak ambik gambaq waktu kena beratuq. Gambaq atas pun update guna phone ja.

Bila dah viral dalam laman sosial tentang nasi lan peruda ni lagi bertambah ramailah yang mai makan kat sini. Memang penuh meja la. Kebetulan pula nasi lan peruda ni buka cawangan di selangor. Memang cepat betui viralnya. Rasanya nasi lan peruda ni tak dak kena mengena dengan Mazlan pet pet kot nooo.

(51)

Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan

 

sumber:youtube

Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan
Ramai yang tidak tahu yang sebenarnya bisnes aiskrim adalah satu bisnes yang menguntungkan. Ramai yang masih memandang bahawa bisnes aiskrim adalah satu perniagaan yang hanya sekadar bisnes mengisi masa lapang sahaja. Jika ianya dilakukan secara serius bisnes ini amat menguntungkan dan bolehlah dikatakan bahawa keuntungan yang diperolehi daripada bisnes aiskrim ini amat berlipat kali ganda dari modal yang dikeluarkan.
Sebenarnya bisnes aiskrim ini boleh dilakukan secara sambilan atau part time sahaja dan hasil yang diperolehi boleh mencapai sehingga RM 5K sebulan tanpa perlu untuk berhenti dari pekerjaan yang sedia ada sekarang .Ramai yang tidak percaya bukan? Ya boleh ianya boleh mencapai sehingga RM 5K sebulan dengan hanya menjual aiskrim secara sambilan atau part time pada hujung minggu dengan berpandukan panduan yang lengkap tentang bisnes aiskrim ini.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil pada masa sekarang , sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan adalah dengan membuat bisnes aiskrim ini. Dengan modal runcit yang sangat rendah dan tidak memerlukan kepakaran yang tinggi , kita sudah boleh memulakan bisnes aiskrim. Yang paling menarik tentang bisnes aiskrim ini adalah margin keuntungannya amat amat tinggi.

sumber: youtube
Terdapat pelbagai jenis aiskrim yang boleh kita jual. Salah satu jenis aiskrim yang popular adalah aiskrim goyang. Untuk penyediaan aiskrim goyang , bahan penyediaanya adalah seperti garam kasar, lidi sate, air dan sedikit ais kiub. Untuk menjadikan aiskrim ini mempunyai citarasa kita boleh menggunakan air bikarbonat ataupun beberapa perisa lain yang terdapat dalam pasaran. Dalam penyediaan aiskrim goyang, alat utama yang diperlukan adalah mesin aiskrim goyang . Mungkin untuk memiliki mesin ini, kita memerlukan sedikit kos tetapi tidaklah terlalu tinggi berbanding dengan bisnes yang lain. Mungkin dalam seribu ringgit ataupun lebuh sedikit sahaja. Sekarang kita kira bagaimana bisnes aiskrim goyang ini boleh mendatangkan keuntungan .
Anggaran bagi penyediaan aiskrim goyang:
Ais kiub 1 beg = RM 4.00 ( boleh tahan sehingga 5-6 jam)
Garam kasar 7 kg x RM 0.50 = RM 3.50
Lidi Sate = RM 4.00 ( ada 400 batang)
Air Berperisa 5 botol x 5liter = RM 3 x 5 = RM 15.00

Jumlah modal yang diperlukan untuk 100 batang = RM 26.50
Jualan untuk 100 batang = 100 x 1 = RM 100.
Jumlah keuntungan adalah RM 100-RM 26.50 = RM 73.50

Ok. Itu salah satu jenis bisnes aiskrim yang boleh kita lakukan. Banyak lagi jenis aiskrim yang boleh kita buat, contohnya aiskrim Malaysia, aiskrim lembut , aiskrim potong dan beberapa jenis lagi.

Pada masa sekarang bisnes aiskrim ini kebanyakkannya sudah dipelopori oleh warga asing. Mereka ini tahu bahawa bisnes ini memang boleh mendatangkan laba unutung yang besar dengan hanya menggunakan modal yang kecil untuk memulakan bisnes aiskrim ini. Jika ditanya berapa keuntung yang diperolehi, mereka hanya tersenyum sahaja tanpa memberitahu perkara yang sebenarnya. Dapatkan panduan bisnes aiskrim yang lengkap .

(50)

Kuih Bahulu Dulu dan Kini

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Bila sebut tentang kuih bahulu rasanya ramai yang boleh mengenalinya tak kira sama ada golongan kecil mahupun dewasa. Seingat saya kuih bahulu memang sangat digemari dari dahulu sehingga kini. Walaupun kuih bahulu ini sejenis kuih tradisional melayu lama tetapi ianya masih mendapat sambutan yang amat tinggi sehingga kini.

Lihat sahaja pada majlis keramaian seperti majlis perkahwinan ataupun kenduri kendara yang lain, pasti kuih bahulu akan mendapat tempat dikalangan orang ramai. Ada yang menjadikan kuih bahulu ini sebagai door gift untuk diberi kepada para pengunjung.

Sebenarnya terdapat berbagai jenis kuih bahulu yang terdapat di dalam pasaran. Antara yang selalu mendapat tempahan adalah bahulu cermai, bahulu gulung, bahulu ikan dan beberapa jenis lagi. Apapun bahan asas yang utama dalam pembuatan bahulu adalah telur ayam, tepung dan gula. Ada juga yang membuat perubahan pada kuih bahulu ini dengan membuat inovasi tambahan seperti meletakkan coklat, straberi , nenas dan beberapa perisa lain didalamnya.

Kalau mengikut kaedah tradisional dahulu kala ianya dibakar dengan menggunakan api atas dan juga api bawah. Biasanya api diatas menggunakan sabut kelapa. Tujuannya adalah untuk memastikan kuih bahulu itu masak sepenuhnya. Tapi pada masa kini kuih bahulu ini dibakar dengan menggunakan oven yang moden yang mana dapat membakar dengan jumlah yang banyak. Kalau dahulu kala kalau nak pukul telur untuk sebati dengan tepung dan gula menggunakan tenaga manusia tetapi pada masa kini kebanyakkann menggunakan mesin untuk memastikan adunan kuih bahulu ini sebati dengan sebaiknya.

Masalah yang sering dihadapi dalam pembuatan kuih bahulu ini adalah resepi yang betul betul sedap dan lembut. Kuih bahulu ni kalau tidak kena cara pembuatan atau tidak kena sukatannya boleh menyebabkan ianya keras dan tidak sedap. Nak tahu resepi kuih bahulu yang sedap? Klik sini

(379)

Peperiksaan Upsr 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedar tak sedar esok dah pun akan bermula peperiksaan upsr bagi tahun 2015. Sekejap ja rasa masa berlalu. Tahun 2015 ni upsr agak spesial sikit bagi kami sekeluarga sebab si abang akan mendudukinya. Rasa berdebar tu lain sikit la.

Harap upsr tahun 2015 ni tak jadi la macam peperikssan upsr tahun 2014 yang mana terjadinya kes soalan bocor. Kalau tidak maka terpaksalah ulang semula peperiksaan . Bab nilah yang sukar ni. Budak dah syok sebab dah habis exam tiba tiba terpaksa study lagi untuk repeat semula peperiksaan upsr ni.

Apapun , selamat menduduki peperiksaan upsr 2015 untuk semua calon.

(99)

sakit lutut, sakit sendi , sakit belakang

Sakit Lutut Dan Penawarnya – Prokas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apabila nak bercakap tentang sakit lutut ni , otak terus mentafsir tentang keadaan apabila terjadi sakit lutut yang serius sehinggakan tidak boleh berjalan.  Kena pula sakit lutut yang teruk sehingga perlu melakukan pembedahan.

Bab pembedahan nilah yang paling saya takut. Memang sejak akhir akhir ni saya terasa sakit lutut.  Dulu saya aktif dalam sukan bola sepak. Dek kerana injured yang agak teruk  , jadi saya dah tak aktif sangatlah dalam bola sepak. Main sekali sekala adalah. Time tu seingat saya kena rempuh dengan lawan. Bila dah tak berapa aktif ni berat badan pun apalagi , terus mencanak naiklah.

sakit lutut dan penawarnya

Bila tengok BMI tubuh badan saya ni, rasa seperti dah terlebih berat badan. Kiranya boleh menyumbang kepada obesiti pula la lepas ni kalau tidak berbuat sesuatu. Mungkin inilah salah satu faktor penyumbang kepada sakit lutut yang saya alami sekarang ni. Kalau tak berbuat sesuatu mungkint sakit lutut ni akan bertambah parah.Paling tidak pun saya perlu mencari kasut yang sesuai supaya dapat menampung berat badan sekarang. Kalau tidak akan bertambah rasa sakit lutut ni.

sakit lutut, sakit sendi , sakit belakang

Satu kaedah lagi sebelum sakit lutut ni menjadi parah adalah mendapatkan penawar yang sesuai. Dengarnya prokas ada mengeluarkannya. Prokas ni juga buka sahaja untuk sakit lutut tetapi sesuai untut sengal sendi,sakit tulang dan untuk kembalikan kesegaran badan. Bila lihat testimoni pun dah ramai yang berjaya dengan prokas ni. Nak cubalah dapatkan prokas.

 

(970)

Screenshot_2015-05-05-17-24-21

Komisyen Klikjer Lagi

Screenshot_2015-05-05-17-24-21

Alhamdullilah. Alhamdullillah. Alhamdullillah

Itu saja yang mampu saya ucapkan dikala melihat emel dari admin klikjer. Emel itu tandanya komisyen klikjer untuk bulan April dah masuk. Yang best mengenai klikjer ni adalah pembayaran komisyen mesti tepat pada masanya.

Berkenaan komisyen klikjer yang saya dapat ni bukanlah banyak mana pun. Bagi saya soal banyak atau sedikit bukanlah matlamat saya. Yang penting apa yang saya praktikkan dalam ebook seo kitab pink memang berkesan. Apa yang dibagitau dalam ebook tersebut jika dipraktikkan memang akan berjaya menghasilkan komisyen dalam affiliate. Apa yang penting adalah praktikkan. Kalau beli ebook tapi tak buat tak guna jugak. Daripada dok tersimpan dalam harddrive tu baik praktikkan apa yang diajar.

Apa yang saya promosikan sehingga dapat komisyen klikjer ni? Dalam laman web klikjer ni ada banyak ebook yang boleh kita promosikan. Jika ada pembeli yang membeli melalui link kita maka kita akan mendapat komisyen hasil dari jualan tersebut. Saya promosikan satu ebook iaitu sistem saham yang mana ebook tersebut amat berguna jika kita hendak membuat pelaburan dalam saham malaysia. Ebook sistem saham sesuai untuk yang baru nak bermula dalam saham malaysia.

Tak nak mencuba untuk dapat komisyen klikjer?

(495)